Tuesday, 27 March 2018

Khat ini diciptakan oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan kerajaan "Utmaniyyah" .

Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya.

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah.

Daripada khat jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk , Diwani jali Hamayuni , dan Diwani jali Zauraq (Bentuk Perahu )

Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah.

Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan.

Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis.

Kesimpulannya :-
* Khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan , penyusunan huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.
 

No comments:

Post a Comment

APA HADIAH YANG SESUAI UNTUK PENGANTIN !!! PROMOSI DIGITAL ART ON CANVAS PROMOSI LAGI ..LAGI DAN LAGI PROMOSI GEMPAK ...